Sejarah Pentadbiran Pendidikan di Malaysia ~ asampedasikanpari

nuffnang

Rabu, 2 Mei 2012

Sejarah Pentadbiran Pendidikan di Malaysia

Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan harapan dan matlamat pendidikan di negara kita. Falsafah Pendidikan Negara yang digariskan menyatakan tentang usaha yang berterusan dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,  rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memberikan sumbangan kepada keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Maka, sekolah menjadi tempat pendidikan yang formal bagi setiap rakyat Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran asas disamping sebagai agen perubahan sosial yang akan memberi sumbangan bermakna kepada Negara pada satu masa nanti. Oleh sebab itu, pendidikan menjadi unsur penting dalam mencapai matlamat Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri Ke-4 bertujuan menjadikan Malaysia mencapai taraf Negara maju dari segi ekonomi, keadilan sosial, kekuatan rohani, moral dan etika ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Maka dengan itu, semestinya sekolah menjadi tempat yang tepat sebagai institusi pertama yang akan menggerakkan aspirasi Negara ini dan akan terus kekal sebagai penggerak utama mencapai Wawasan 2020.
            Bagi mencapai tahap ini, sekolah perlu sentiasa menjadi cemerlang dari pelbagai aspek. Sekolah yang cemerlang dan berada di tahap terbaik dalam semua bidang memainkan peranan penting dalam membentuk diri murid seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang akan membekalkan tenaga mahir kepada Negara. Junaidah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) menyatakan sekolah sebagai satu sistem terbuka yang terdedah kepada faktor luaran serta pelbagai pengaruh. Jadi, seseorang pemimpin sekolah perlu peka dan bertindakbalas terhadap desakan dan pengaruh pelbagai dalam masyarakat. Maka, kepimpinan di sekolah perlu merangka satu strategi yang berkesan dan padu agar kecemerlangan sekolah sentiasa wujud dan sentiasa dititikberatkan oleh setiap warga sekolah. Abdul Ghani Abdullah (2009) menyatakan pemimpin sekolah perlu digesa mencari kaedah berkesan bagi mengurus dan menggerakkan budaya cemerlang di sekolah. Ia seperti mendefinasikan semula struktur, reka bentuk kerja, mengubah perhubungan, transformasi budaya, mencipta peranan baru bagi guru dan bertindak sebagai fasilitator yang berkemahiran dalam mengurus perubahan.
            Perkembangan pendidikan di Malaysia bemula dengan pesat selepas kewujudan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 sehinggalah terbentuknya Akta Pendidikan 1996 yang menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cabarannya bermula apabila kerajaan melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang memfokus kepada aspek 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Al Ramaiah (2009) mendapati peranan kepimpinan sekolah lebih ketara sebagai pemimpin pengajaran. Pencapaian dalam menghasilkan sekolah cemerlang memang terletak kepada misi dan visi yang dipelopori oleh Guru Besar di sekolah. Ia seharusnya dibantu oleh Guru Penolong Kanan yang dinamakan sebagai Guru Penolong Kanan 1 ( Pentadbiran ) dan Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid). Tugasan ini jelas dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai perubahan Skim Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
            Akta Pendidikan (Akta 550) 1996 diwujudkan bertujuan untuk menjamin dan mengawal selia keseragaman kualiti dalam sistem pendidikan di Malaysia. Mengikut sejarah pentadbiran pendidikan di Malaysia, pada zaman selepas merdeka sehingga tahun 1995, pentadbiran pendidikan di Malaysia bersifat sentralisasi atau berpusat. Ini bermaksud semua bahagian dan unit adalah sebagai pelaksana kepada semua yang dirancang dan ditentukan oleh pihak atasan. Pusat akan bertanggungjawab terhadap segala urusan pentadbiran dan akan membetulkan kesilapan sekiranya berlaku penyelewangan. Ia selari dengan konsep birokrasi. Pada tahun 1995, penyusunan semula di kementerian dilaksanakan dengan kewujudan jabatan-jabatan tertentu dan ditadbir urus sendiri oleh pengarah dan timbalan pengarah masing-masing. Pada tahun 2004, penyusunan struktur sekali lagi dibuat dengan memisahkan urusan pentadbiran sekolah dengan pengurusan pengajian tinggi dan hasilnya wujudlah Kementerian Pengajian Tinggi.

            Penstrukturan yang berasaskan kepada prinsip disentralisasi yang membawa penurunan kuasa kepada pusat-pusat tanggungjawab bertujuan melicinkan pentadbiran dan bahagian, unit dan sekolah-sekolah boleh membuat keputusan. Ia juga akan menambah kecekapan terhadap tindakbalas dengan cepat, relevan dan tepat. Dengan perubahan kepada struktur pentadbiran ini, maka pentadbiran sumber sekolah adalah ditadbir diperingkat sekolah sendiri. Oleh sebab itu, Guru Besar, Penolong Kanan dan semua guru perlu mempunyai misi dan visi yang jelas tentang matlamat dan hala tuju sekolah masing-masing. Junaidah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) menyatakan kepimpinan sekolah yang berkesan adalah kepimpinan yang berjaya mengimbangi peranan bukan sahaja di sekolah tetapi perancangan strategik di peringkat daerah, negeri dan Negara disamping mengutamakan kesinambungan dan saling berkaitan antara sekolah dengan elemen persekitaran.

Rujukan
Abdul Ghani Abdullah,PhD.2009. Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Batu Caves, Selangor.
Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ). 2003. International Law Book Services. Petaling Jaya, Selangor.
Al Ramaiah.2009. Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. IBS Buku Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.
Ibrahim Mamat. 1993. Kepimpinan Sekolah : Teori untuk Praktis. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 2007. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007: Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma. www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil11/pp1107.pdf+peranan+guru+penolong+kanan [11 Mac 2012].
Junaidah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. 2005. Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan : Teori, Polisi dan Pelaksanaan. Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Latip Muhammad. 2007. Pelaksanaan Kepimpinan Pengajaran di Kalangan Pengetua Sekolah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/latipEPRDfp.pdf  [10 Mac 2012].
Mohammad Syamsul Izwan MD Fauzi, 2009, Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://notapismp.blogspot.com/2009/04/peranan-sekolah-dalam-merealisasikan.html  [ 10 Mac 2012 ].
Mok Soon Sang. 2010. Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan III. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor
Perspektif Wawasan 2020,
Shahril Marzuki, Rahimah Ahmad & Hussien Ahmad. 2010. Kepimpinan Pengetua : Menjana Modal Insan Di Sekolah Berkesan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Batu Caves, Selangor 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut Blog Ini

Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys