asampedasikanpari

nuffnang

Selasa, 29 Januari 2013

mohon bantuan daripada semua

assalamualaikum... kepada semua... saya mohon bantuan kepada semua rakyat di malaysia....

semalam (28 januari 2013) saya dn keluarga telah membuat urusan di putrajaya walaupun semalam adalah cuti umum tambahan sempena hari thaipusam... setelah urusan, kami sekeluarga ke alamanda putrajaya untuk makan tghr dan solat zohor...

lebih kurang pukul  4 -5 ptg setelah selesai membeli brg keperluan di carrefour alamnda putrajaya, kami siggah utk membeli bekal di Mcdonalds. setelah selesai membekal, kami pn terus pulang... bila dah sampai rumah,br kami perasan, kami kehilangan sebuah beg yg kami rasakan tertinggal di restoren tersebut... sebuah beg yg ada kelengkapan bayi berjenama Boboiboy.... gambarnya seperti ini :













mohon kerjasama kepada sesiapa yg menjumpainya, hubungi saya di talian 019-3658221 (zullman) dengan kadar segera.... semoga allah membalas jasa budi kalian....boboiboybbo

Sabtu, 5 Januari 2013

Konsep Kepimpinan (2)





TEORI KEPIMPINAN

1)      Transaksi     : 
Teori ini bermaksud pertukaran. Ia bermaksud beban tugas yang diberikan apabila pekerja dinilai dari bentuk ganjaran, upah, kenaikan pangkat dan lain-lain. Pelaksanaan teori ini akan menjadikan pekerja lebih dedikasi atau lakukan apa sahaja tugas asalkan ada gaji atau upah lebih daripada biasa

2)      Transformasi    
Teori ini menjadikan seorang pemimpin berwibawa dalam membawa perubahan terhadap sesuatu organisasi. Perubahan yang berlaku adalah dari satu keadaan kepada keadaan yg dianggap lebih baik. Teori ini percaya ia boleh mendorong orang mengubah sikap dan nilai untuk lebih  komited terhadap tugasan.   Teori J.M Burns : “Pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasi adalah pemimpin yang berjaya mengubah sikap orang yang dipimpin dari sikap mementingkan diri sendiri kepada sikap bekerjasama”

Faktor tercipta pemimpin transformasi 
1- peribadi yang berkarisma
2- sikap prihatin terhadap individu
3- berjaya merangsang minda 

3) Pengajaran                 
Boleh dikatakan sebagai kepimpinan Insruksional. Ianya adalah perancangan dan pelaksanaan perubahan secara aktif untuk galakkan kolaborasi dan bekerja secara berpasukan di dalam organisasi. Kepimpinan ini mengutamakan kualiti pengajaran dan sseorang pemimpin membuat jangkaan tinggi kepada staf dan pelajar. Pelaksanaan kepimpinan ini akan memberikan sumbangan  terbaik ke arah matlamat organisasi secara bersama.

        2 Strategi dalam melaksanakan kepimpinan instruksional :
           1) Secara langsung           : menasihat & memberi contoh ( visibility) , mengajar
           2) Tidak langsung             : aktiviti yg dilakukan oleh pengetua utk mempengaruhi             
                                                                      pembelajaran
                         
    8 fungsi utama Pengetua :
            1) Menetapkan falsafah
            2) Membentuk wawasan sekolah
            3) Menetapkan matlamat & objektif
            4) Merangka & membentuk dasar serta prosedur sekolah
            5) Memberi sokongan kepada pelaksanaan Pengajaran & pembelajaran
            6) Mengawal Mutu Pengajaran
            7) Merancang program Perkembangan Staf
            8) Memberi kerjasama kepada pihak luar sekolah 

 4) Ikut Situasi
 Kepimpinan ini menyesuaikan tingkahlaku kepimpinan untuk penuhi keperluan pengikut dan situasi yang berlaku. Dengan kata lain ianya melaksanakan “ gaya manakah yang lebih berkesan bagi situasi itu”

Jenis Tingkahlaku pemimpin :
Bil
Jenis Tingkahlaku
Penerangan
 1. 
Tingkah laku Tugas
- susun dan definasikan peranan anggota
- terangkan aktiviti : bila, di mana, bagaimana tugas dijalankan
- tetapkan pola organisasi, saluran komunikasi, melaksanakan kerja
 2. 
TIngkah Laku Hubungan
- mengekalkan hubungan peribadi
- buka saluran komunikasi, sokongan sosioekonomi, psikologi
- kematangan pengikut mempengaruhi keberkesanan tingkah laku pemimpin


5) Kredibiliti
 Ia adalah kepimpinan yang dipercayai mempunyai keupayaan dan diyakini benar, diperhati dan menjadi ukuran kepada seorang pemimpin disebabkan reputasinya dalam memimpin sesebuah organisasi. Kredibiliti seseorang dibina melalui : 
 a) individu               - menjaga ketrampilan diri           - berjenaka dalam mengurus
                                 - ingat nama  staf                         - menghiburkan hati staf
                                 - sentiasa gembira
 b) staf                 - berjumpa secara tidak formal sekerap mungkn
                            - sentiasa raikan staf
                - senang utk ditemui oleh staf
                - ajar sebanyak kelas yang mungkin                                               c) pelajar          - kenalkan kesan ( trails) dan persekitaran berorientasikan pembelajaran spt Matematik, Sains & Geografi dan sentiasa bersama mereka                                d)ibubapa        - kenalkan program yang boleh libatkan mereka
            - sediakan ruang / masa utk ibubapa berjumpa secara tetap dengan pemimpin sekolah dan  selesaikan masalah pelajar dengan segera

6. Karismatik     
   Kepimpinan karismatik ialah pemimpin yg mempunyai kemahiran tinggi dalam pengurusan & berjaya membuat  perubahan yang besar dalam pentadbiran. Antara kesan yang besar kepimpinan karismatik adalah pengikut menjadi taat dan setia kepada seseorang pemimpin. Pemimpin ini menjadi inspirasi kepada pengikut dalam melakukan tugas dan aktiviti. Antara contoh yang jelas pemimpin yang ada ciri karismatik ini ialah Sukarno, Mahatma Ghandi, John F. Kennedy dan Ayatullah Khomieni. Kebanyakan buku dan pengkaji pengurusan menyatakan bahawa pemimpin agung adalah Nabi Muhammad S.A.W  kerana kepimpinan baginda kekal dlm bentuk ikutan walaupun  baginda sudah wafat. 

ENAM DIFINISI PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN SEKOLAH
                1) mempunyai wawasan peribadi yang jelas
                2) berfikiran kental dan sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan lain
                3) menghormati autonomi guru dan lindungi mereka dari tekanan yg berlebihan
                4) memandang ke hadapan, kenal & sedia menerima perubahan, sedia mengelak  dari kejutan
                5) pragmatic (praktikal, pentigkn kesan sebenar), menengani reality
                6) bermaklumat, berkomunikasi, miliki set peribadi dan pendidikan yang jelas

PEMIMPIN BERKESAN :
                1) menurunkan kuasa dgn majukan suasana kerjasama, kawal kumpulan berpengaruh
                2) mendahului dengan pandangan lebih menyeluruh, rasional
                3) mengurus diri dan profesionalisme
                     4) urus ketegangan  

PRINSIP KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMBERI IMPAK TINGGI KEPADA ORGANISASI

                a) boleh membuat perubahan besar
                b) berusahan utk capai matlamat organisasi
                c) orang bawahan yang setia dan komited terhadap tugas
                d) organisasi yang tidak berbelah bagi
                e) dapat sokongan dan kerjasama kuat
                      f) memenuhi kehendak orang bawahan                          - supaya mereka patuh & komited     

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN

a) ada sifat unggul yg boleh mempengaruhi orang bawahan
                - beliau dikagumi, dihormati, dipercayai, karismatik, menjadi role model

b) bangkitkan aspirasi
                - sering bangkitkan kepercayaan kpd orang bawahan
                - ajak org bawahan sama-sama bina wawasan organisasi

c) merangsang intelek
                - galakkan orang bawahan lebih kreatif dlm menyelesaikan masalah

d) timbang rasa
                - terhadap individu
                     - penuhi keperluan org bawahan utk maju dan meningkat dlm kerjaya 























Sabtu, 15 Disember 2012

Konsep Kepimpinan (1)


Menurut pembacaan dari sebuah buku, di sini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain mengenai takrifan dan konsep pemimpin dan kepimpinan.

DEFINISI PEMIMPIN:
Pemimpin bermaksud individu dlm satu kumpulan yg mempunyai tugas mengarah, menylaras, memantau laporan yang berkaitan aktivi kumpulannya. Pemimpin juga seseorang yg diiktiraf mempunyai pengaruh, berwibawa & mempunyai kuasa dalam masa jangka pendek dan jangka panjang dalam situasi tertentu.

DEFINISI KEPIMPINAN: 
Kepimpinan adalah gaya seorang seorang pemimpin mempengaruhi ahli kumpulan untuk melaksanakan aktiviti bagi  mencapai matlamatorganisasi yang dikongsi bersama. 

FUNGSI PEMIMPIN :      

1.  Eksekutif          
 Fungsi pemimpin yang pertama adalah berperanan sebagai seorang eksekutif. Fungsi dan tugas seorang eksekutif adalah mengarah, mentadbir, menyelaras aktiviti,membuat pelbagai keputusan,                                                                   mengagihkan kuasa mengikut peringkat pekerja dan orang bawahan,membuat penilaian & perubahan terhadap struktur organisasi dan orang yang dipimpin di bawahnya. 

            2. Perancang        
               Fungsi kedua adalah bertindak sebagai perancang. Ia satu peranan yang penting kerana kejayaan sesbuah organisasi adalah terletak di peringkat perancangannya. Di dalam aspek perancangan, seorang pemimpin mestilah berpandangan jauh, dapat menentukan matlamat sesebuah organisasi, mengenalpasti cara untuk mencapai  matlamat organisai dan berupaya mengawal rancangannya. 

            3. Pembuat Polisi              
              Polisi bermaksud peraturan dan panduan yang perlu diikuti oleh semua ahli di dalam organisasi. Polisi ini termasuk bagaimana cara bertindak, mengurus atau melaksanakan sesuatu aktiviti. Penetapan sesuatu polisi tidak hanya melibatkan seorang individu, bahkan ia boleh dibuat secara berkumpulan dengan kerjasama dari peringkat orang bawahan. 
                                                      
             4. Pakar                  
                Seorang pemimpin dianggap seorang pakar di dalam bidang kepimpinan dan ada kemahiran tertentu. Namun begitu, seorang pakar juga perlukan bantuan dan pandangan dari orang lain terutamanya orang bawahan agar keputusan yang diberikan memberi kesan baik kepada organisasi.
               
             5. Jurucakap         
                 Pemimpin adalah sebagai jurucakap mewakili organisasinya apabila bercakap kepada kelompok / organisasi lain. Beliau juga bertanggugjawab memberi laporan kepada pihak atasan terhadap perkembangan dan isu di dalam organisasinya. 

             6. Pengawal Komunikasi Dalaman              
                Seseorang pemimpin adalah bertanggungjawab mengawal komunikasi antara anggota di dalam organisasinya. Lebih-lebih lagi, dia sebagai pengawal apabila wujud ketegangan atau pertelagahan antara sesama ahli. 

             7. Pemberi ganjaran         
                 Pemimpin adalah orang yang ada kuasa penuh untuk memberi ganjaran kepada mana-mana individu yang layak dan dinilai sesuai. Ganjaran ini termasuklah pujian dan sebagainya yang boleh menaikkan semangat dan motivasi. Begitu juga seorang pemimpin mempunyai kuasa penuh memberikan hukuman, nasihat dan amaran dalam kes-kes tertentu di dalam organisasinya. 

             8. Orang tengah  
                Pemimpin juga berperanan sebagai seorang hakim atau pendamai apabila wujud konflik antara sesama ahli di dalam organisasinya. 

              9. Teladan             
                  Sifat-sifat yang baik untuk diteladani perlu ada sebagai seorang pemimpin. Secara tidak langsung, ia akan  mengajak ahli di dalam organisasi mengikuti dan menghayati teladan dan kelakuan baik yang ditonjolkan. 

             10. Simbol Kelompok          
                   Apabila orang lain melihat seorang pemimpin, mereka telah tahu mengenai corak kepimpinan yang di bawa oleh pemimpin tersebut. Dengan kata lain, orang lain sudah tahu corak pengurusan organisasi yang dibawa oleh seseorang pemimpin itu. 

              11. Ahli Ideologi    
                    Seorang pemimpin harus kerap berperanan melontarkan pemikiran baru  samada dari aspek pengurusan dan juga pengurusan sumber manusia. Ianya sangat bermanfaat kerana ia dapat mempengaruhi perubahan tingkah laku ahli dalam organisasinya. 
                                               
              12. Tokoh Bapa      
                    Seorang pemimpin juga berperanan sebagai tempat mengadu & meminta pertolongan jika ada masalah di bawah kepimpinannya. Ia menjadi tempat menyelesaikan masalah tidak sahaja melibatkan masalah dalam pekerjaan, malah ada kalanya melibatkan masalah peribadi, keluarga dan sebagainya. 

CIRI PEMIMPIN YANG DIKAGUMI
1. mempunyai misi dan visi yang jelas
2. boleh motivasikan orang lain ke arah kecemerlangan
3. bersifat jujur dalam semua hal
4. mengamalkan sikap kepimpinan melalui teladan
5. tegas tapi masih ada humor dalam kepimpinan
6. bersimpati dengan masalah pekerja
7. ada kemahiran interpersonal yg baik
8. berani dalam membuat keputusan dan sentiasa bersedia menanggung risiko

TEORI KEPIMPINAN

Ada 6 teori kepimpinan :

1) Transaksi
2) Transformasi
3) Pengajaran
4) Ikut Situasi
5) Kredibiliti
6) Karismatik



Isnin, 3 September 2012

contoh soalan PSRA 2012


Asalamualaikum..

Selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir dan batin.. sambil-sambil menyambut hari raya. jangan lupa murid-murid tahun 6 akan meghadapi 2 peperiksaan terutama di Selangor... negeri lain tak tahu le. hehe.. UPSR pada 10hb september 2012 manakala PSRA bermula 24hb September 2012...

saya letakkan contoh soalan PSRA 2012 dengan mengambil soalan peperiksaan Percubaan PSRA Daerah Klang 2012.. boleh muat turun sebagai latih tubi untuk menghadapi peperiksaan PSRA yang akan menjelang 24hb September 2012 nanti...

Selamat mencuba dan di doakan semua calon peperiksaan dapat keputusan yang cmerlang.. apa yang penting usaha, doa dan bertawakkal...

Contoh Soalan Peperiksaan Percubaan PSRA 2012 

Selasa, 12 Jun 2012

koleksi soalan PSRA 2011

Assalamualaikum wrt wbth..

setelah bertungkus lumus, akhirnya saya berjaya mengumpulkan soalan PSRA 2011 yang mengikut sukatan baru kurikulum sekolah rendah agama JAIS.. Koleksi soalan-soalan tersebut saya letakkan di ruangan koleksi set soalan di sebelah kanan blog.. kena "unzip" kan file dahulu la ye sebab ia berformatkan "gambar".. semoga bermanfaat.

Ahad, 20 Mei 2012

Senarai tugas pembentukan jawatankuasa


Tugas guru tudak hanya tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Perkembangan sahsiah dan sokongan melalui beberapa program adalah juga sebagai pembelajaran bagi murid. sebagai contoh, pelaksanaan program kursus kepimpinan pelajar, program sukan sekolah, program 3K, bulan panitia, ataupun Hari Kecemerlangan Murid dan macam2 lagi.. namun, program tersebut tidak dapat bergerak dengan lancar tanpa kewujudan jawatankuasa yang dianggotai oleh guru.. Program-program ini boleh dikatakan setiap tahun diadnjurkan, tetapi kelancarannya tetap dipertikaikan. kemungkinan ada berlaku pertindihan tugas atau ketidakfahaman sesuatu tugas AJK yang dilantik.

Maka. berdasarkan sedikit kajian, pemerhatian dan pengalaman, saya sertakan senarai tugas jawatankuasa yang dilaksanakan di sekolah untuk dikongsi. Moga-moga dapat membantu melicinkan perjalanan program anda..

PANDUAN
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA

1.  PENGERUSI
1.1   Membentuk Jawatankuasa Pelaksana
1.2   Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat
2. SETIAUSAHA
                2.1 Mengurus surat menyurat
                2.2 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
                2.3 Menyediakan bahan mesyuarat
                2.4 Melantik Fasilitator
                2.5 Menyediakan Laporan

3. PENOLONG SETIAUSAHA
                3.1 Mencatat Minit Mesyuarat
                3.4 Menyediakan dokumentasi
                3.5 Membantu penyediaan bahan-bahan yang diperlukan
                3.6 Mendapatkan gambar-gambar

4. BENDAHARI
                4.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan
                4.2 Membeli bahan cenderahati
                4.3 Mengurus tuntutan kewangan
                4.4 Mengurus tuntutan bil-bil perbelanjaan

5. PENYELARAS PROGRAM
                5.1 Menyelaras perjalanan program dari masa ke semasa
                5.2 Memberi taklimat kepada AJK, Murid & Fasilitator
                5.3 Membahagikan murid mengikut kumpulan

6. URUSETIA
                6.1 Menyediakan dan menyusun bahan kursus
                6.2 Membanyakkan bahan kursus
                6.3 Mengedarkan bahan kursus
                6.4 Menyediakan segala keperluan kursus

7. PENGACARA MAJLIS
                7.1 Menyediakan teks ucapan perasmian penutup program
                7.2 Mengacarakan majlis perasmian / penutupan

8. BACAAN DOA
                8.1 Menyediakan teks doa Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
                8.2 Membaca doa di majlis perasmian / penutupan

9. JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
                9.1 Membuat draf isi kandungan buku program
                9.2 Menyediakan pamphlet yang berwarna untuk tetamu kehormat
                9.3 Membanyakkan dan mengedarkan buku program
10. JAWATANKUASA PENDAFTARAN
                10.1 Menyediakan segala keperluan pendaftaran
                10.2 Melakukan pendaftaran murid, AJK, Guru & Fasilitator
                10.3 Mengedarkan buku program
                10.4 Menyerahkan senarai kehadiran kepada Setiausaha

11. JAWATANKUASA PERSIAPAN
                11.1 Menyediakan tempat program
                11.2 Memastikan kebersihan sebelum dan selepas program
                11.3 Menyusun kerusi dan meja
                11.4 Menyusun atur peralatan program

12. JAWATANKUASA TEKNIKAL, P.A SISTEM & ICT
                12.1 Menyedia dan mengurus P.A Sistem
                12.2 Menyediakan peralatan ICT
                12.3 Mengurus permasalahan yang berkaitan teknikal program, P.A Sistem dan ICT

13. JAWATANKUASA JAMUAN
                13.1 Menyediakan menu jamuan peserta, guru & VIP
                13.2 Memastikan jamuan peserta, guru & VIP mencukupi
                13.3 Menyediakan tempat & susun atur jamuan sesuai
                13.4 Menyediakan jamuan VIP
                13.5 Memastikan tempat jamuan bersih sebelum & selepas program

14. JAWATANKUASA SIJIL ,  HADIAH & CENDERAHATI
                14.1 Menyediakan set cenderamata untuk perasmi
                14.2 Menyampaikan sijil, hadiah & cenderamata selepas perasmian
                14.3 Menyiapkan sijil para peserta dan AJK sebelum program berakhir
                14.4 Mengiringi Bendahari menentukan dan membeli hadiah & cenderahati
                14.5 Membawa hadiah perasmi semasa balik.

15. JAWATANKUASA KESELAMATAN & KEBERSIHAN
                15.1 Mengawas keselamatan kawasan dan kenderaan
                15.2 Memastikan kebersihan di semua kawasan

Rabu, 2 Mei 2012

Sejarah Pentadbiran Pendidikan di Malaysia


     
Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan harapan dan matlamat pendidikan di negara kita. Falsafah Pendidikan Negara yang digariskan menyatakan tentang usaha yang berterusan dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,  rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memberikan sumbangan kepada keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Maka, sekolah menjadi tempat pendidikan yang formal bagi setiap rakyat Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran asas disamping sebagai agen perubahan sosial yang akan memberi sumbangan bermakna kepada Negara pada satu masa nanti. Oleh sebab itu, pendidikan menjadi unsur penting dalam mencapai matlamat Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri Ke-4 bertujuan menjadikan Malaysia mencapai taraf Negara maju dari segi ekonomi, keadilan sosial, kekuatan rohani, moral dan etika ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Maka dengan itu, semestinya sekolah menjadi tempat yang tepat sebagai institusi pertama yang akan menggerakkan aspirasi Negara ini dan akan terus kekal sebagai penggerak utama mencapai Wawasan 2020.
            Bagi mencapai tahap ini, sekolah perlu sentiasa menjadi cemerlang dari pelbagai aspek. Sekolah yang cemerlang dan berada di tahap terbaik dalam semua bidang memainkan peranan penting dalam membentuk diri murid seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang akan membekalkan tenaga mahir kepada Negara. Junaidah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) menyatakan sekolah sebagai satu sistem terbuka yang terdedah kepada faktor luaran serta pelbagai pengaruh. Jadi, seseorang pemimpin sekolah perlu peka dan bertindakbalas terhadap desakan dan pengaruh pelbagai dalam masyarakat. Maka, kepimpinan di sekolah perlu merangka satu strategi yang berkesan dan padu agar kecemerlangan sekolah sentiasa wujud dan sentiasa dititikberatkan oleh setiap warga sekolah. Abdul Ghani Abdullah (2009) menyatakan pemimpin sekolah perlu digesa mencari kaedah berkesan bagi mengurus dan menggerakkan budaya cemerlang di sekolah. Ia seperti mendefinasikan semula struktur, reka bentuk kerja, mengubah perhubungan, transformasi budaya, mencipta peranan baru bagi guru dan bertindak sebagai fasilitator yang berkemahiran dalam mengurus perubahan.
            Perkembangan pendidikan di Malaysia bemula dengan pesat selepas kewujudan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 sehinggalah terbentuknya Akta Pendidikan 1996 yang menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cabarannya bermula apabila kerajaan melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang memfokus kepada aspek 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Al Ramaiah (2009) mendapati peranan kepimpinan sekolah lebih ketara sebagai pemimpin pengajaran. Pencapaian dalam menghasilkan sekolah cemerlang memang terletak kepada misi dan visi yang dipelopori oleh Guru Besar di sekolah. Ia seharusnya dibantu oleh Guru Penolong Kanan yang dinamakan sebagai Guru Penolong Kanan 1 ( Pentadbiran ) dan Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid). Tugasan ini jelas dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai perubahan Skim Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
            Akta Pendidikan (Akta 550) 1996 diwujudkan bertujuan untuk menjamin dan mengawal selia keseragaman kualiti dalam sistem pendidikan di Malaysia. Mengikut sejarah pentadbiran pendidikan di Malaysia, pada zaman selepas merdeka sehingga tahun 1995, pentadbiran pendidikan di Malaysia bersifat sentralisasi atau berpusat. Ini bermaksud semua bahagian dan unit adalah sebagai pelaksana kepada semua yang dirancang dan ditentukan oleh pihak atasan. Pusat akan bertanggungjawab terhadap segala urusan pentadbiran dan akan membetulkan kesilapan sekiranya berlaku penyelewangan. Ia selari dengan konsep birokrasi. Pada tahun 1995, penyusunan semula di kementerian dilaksanakan dengan kewujudan jabatan-jabatan tertentu dan ditadbir urus sendiri oleh pengarah dan timbalan pengarah masing-masing. Pada tahun 2004, penyusunan struktur sekali lagi dibuat dengan memisahkan urusan pentadbiran sekolah dengan pengurusan pengajian tinggi dan hasilnya wujudlah Kementerian Pengajian Tinggi.
                        Bagi mencapai tahap ini, sekolah perlu sentiasa menjadi cemerlang dari pelbagai aspek. Sekolah yang cemerlang dan berada di tahap terbaik dalam semua bidang memainkan peranan penting dalam membentuk diri murid seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang akan membekalkan tenaga mahir kepada Negara. Junaidah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) menyatakan sekolah sebagai satu sistem terbuka yang terdedah kepada faktor luaran serta pelbagai pengaruh. Jadi, seseorang pemimpin sekolah perlu peka dan bertindakbalas terhadap desakan dan pengaruh pelbagai dalam masyarakat. Maka, kepimpinan di sekolah perlu merangka satu strategi yang berkesan dan padu agar kecemerlangan sekolah sentiasa wujud dan sentiasa dititikberatkan oleh setiap warga sekolah. Abdul Ghani Abdullah (2009) menyatakan pemimpin sekolah perlu digesa mencari kaedah berkesan bagi mengurus dan menggerakkan budaya cemerlang di sekolah. Ia seperti mendefinasikan semula struktur, reka bentuk kerja, mengubah perhubungan, transformasi budaya, mencipta peranan baru bagi guru dan bertindak sebagai fasilitator yang berkemahiran dalam mengurus perubahan.
            Perkembangan pendidikan di Malaysia bemula dengan pesat selepas kewujudan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 sehinggalah terbentuknya Akta Pendidikan 1996 yang menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cabarannya bermula apabila kerajaan melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang memfokus kepada aspek 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Al Ramaiah (2009) mendapati peranan kepimpinan sekolah lebih ketara sebagai pemimpin pengajaran. Pencapaian dalam menghasilkan sekolah cemerlang memang terletak kepada misi dan visi yang dipelopori oleh Guru Besar di sekolah. Ia seharusnya dibantu oleh Guru Penolong Kanan yang dinamakan sebagai Guru Penolong Kanan 1 ( Pentadbiran ) dan Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid). Tugasan ini jelas dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai perubahan Skim Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
            Akta Pendidikan (Akta 550) 1996 diwujudkan bertujuan untuk menjamin dan mengawal selia keseragaman kualiti dalam sistem pendidikan di Malaysia. Mengikut sejarah pentadbiran pendidikan di Malaysia, pada zaman selepas merdeka sehingga tahun 1995, pentadbiran pendidikan di Malaysia bersifat sentralisasi atau berpusat. Ini bermaksud semua bahagian dan unit adalah sebagai pelaksana kepada semua yang dirancang dan ditentukan oleh pihak atasan. Pusat akan bertanggungjawab terhadap segala urusan pentadbiran dan akan membetulkan kesilapan sekiranya berlaku penyelewangan. Ia selari dengan konsep birokrasi. Pada tahun 1995, penyusunan semula di kementerian dilaksanakan dengan kewujudan jabatan-jabatan tertentu dan ditadbir urus sendiri oleh pengarah dan timbalan pengarah masing-masing. Pada tahun 2004, penyusunan struktur sekali lagi dibuat dengan memisahkan urusan pentadbiran sekolah dengan pengurusan pengajian tinggi dan hasilnya wujudlah Kementerian Pengajian Tinggi.
            Penstrukturan yang berasaskan kepada prinsip disentralisasi yang membawa penurunan kuasa kepada pusat-pusat tanggungjawab bertujuan melicinkan pentadbiran dan bahagian, unit dan sekolah-sekolah boleh membuat keputusan. Ia juga akan menambah kecekapan terhadap tindakbalas dengan cepat, relevan dan tepat. Dengan perubahan kepada struktur pentadbiran ini, maka pentadbiran sumber sekolah adalah ditadbir diperingkat sekolah sendiri. Oleh sebab itu, Guru Besar, Penolong Kanan dan semua guru perlu mempunyai misi dan visi yang jelas tentang matlamat dan hala tuju sekolah masing-masing. Junaidah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) menyatakan kepimpinan sekolah yang berkesan adalah kepimpinan yang berjaya mengimbangi peranan bukan sahaja di sekolah tetapi perancangan strategik di peringkat daerah, negeri dan Negara disamping mengutamakan kesinambungan dan saling berkaitan antara sekolah dengan elemen persekitaran.


Rujukan
Abdul Ghani Abdullah,PhD.2009. Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Batu Caves, Selangor.
Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ). 2003. International Law Book Services. Petaling Jaya, Selangor.
Al Ramaiah.2009. Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. IBS Buku Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.
Ibrahim Mamat. 1993. Kepimpinan Sekolah : Teori untuk Praktis. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 2007. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007: Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma. www.jpa.gov.my/pekeliling/pp07/bil11/pp1107.pdf+peranan+guru+penolong+kanan [11 Mac 2012].
Junaidah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. 2005. Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan : Teori, Polisi dan Pelaksanaan. Universiti Putra Malaysia, Selangor.
Latip Muhammad. 2007. Pelaksanaan Kepimpinan Pengajaran di Kalangan Pengetua Sekolah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/latipEPRDfp.pdf  [10 Mac 2012].
Mohammad Syamsul Izwan MD Fauzi, 2009, Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://notapismp.blogspot.com/2009/04/peranan-sekolah-dalam-merealisasikan.html  [ 10 Mac 2012 ].
Mok Soon Sang. 2010. Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan III. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor
Perspektif Wawasan 2020,
Shahril Marzuki, Rahimah Ahmad & Hussien Ahmad. 2010. Kepimpinan Pengetua : Menjana Modal Insan Di Sekolah Berkesan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Batu Caves, Selangor 

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys